Aplikasi Yang Paling Banyak Digunakan Oleh Rakyat Malaysia 2019

No.1 semua dah tau..

Penggunaaan aplikasi mudah alih memang sudah menjadi kemestian dalam kehidupan seharian kita sekarang.


Hampir semua rakyat Malaysia memiliki smartphone tidak kira iPhone ataupun Android yang menggunakan aplikasi mudah alih tidak kira untuk media sosial mahupun kerja.


GIPHY


Di sini aplikasi percuma yang paling banyak digunakan di Malaysia (Android):


1. WhatsApp Messenger


Rasanya hampir semua rakyat Malaysia yang ada smartphone ni ada app ni. Boleh dikatakan WhatsApp Messenger adalah satu saluran untuk berkomunikasi di Malaysia. Selain untuk berhubung, aplikasi ini digunakan untuk perniagaan, penghantaran fail dokumen, media dan juga beli-belah. Malah ada juga jabatan kerajaan menggunakan aplikasi ini untuk pengguna membuat laporan dan lain-lain.

2. Facebook


Tidak asing lagi aplikasi ini bagi rakyat Malaysia. Hampir semua smartphone sudah pun di-preinstalled aplikasi ini. Facebook masih merupakan media sosial no.1 di Malaysia walaupun Twitter dan Instagram juga semakin popular di kalangan remaja.

3. YouTube



YouTube merupakan aplikasi perkongsian video yang paling popular di dunia bukan sahaja di Malaysia. Anda juga boleh buat duit sebagai vloggers sekarang. Dengan kandungan yang berkualiti, sudah semestinya semakin banyak view dan subscriber yang diperoleh dan pulangan daripada iklan juga akan meningkat. Sini adalah Top 50 channel YouTube di Malaysia.

4. Google Chrome


Chrome adalah aplikasi browser yang berfungsi untuk anda melayari internet. Namun, Chrome mungkin paling banyak digunakan semasa anda ingin membuat carian di Google Search. Ramai menggunakan aplikasi ini di smartphone mereka kerana sudahpun menggunakan Chrome sebagai browser mereka di laptop dan komputer mereka.

5. Google


Ramai tidak tahu sebenarnya aplikasi ini ada di hampir semua smartphone anda terutamanya yang menggunakan Android. Aplikasi ini memudahkan anda dalam urusan seharian dengan memberitahu anda mengenai cuasa, berita terkini, reminder dan juga trafik semasa. Kadang-kadang kita menggunakan aplikasi ini tanpa disedari.

SUMBER: SimilarWeb

Ulasan