Selepas menjadi penaja utama bagi rancangan realiti popular Gegar Vaganza muzim ke-5, Dato Alif Syukri dilihat semakin kerap mucul di kaca televisyen mempromosikan produknya.
Namun semalam, di konsert GV telah berlaku suatu insiden apabila Dato Alif dianggap telah menghina warna kulit penyanyi Santesh dan bermulut agak ‘lancang’ semasa mempromosikan produknya selepas selesai persembahan Amelina.
Sebelum slot penaja dibuka, pengacara Nabil Ahmad mengusik Santesh dan Amelina di atas pentas dengan berkata, “Selepas ni, Amelina jadi Amma, Santesh jadi Appa...”Aliff Syukri ni dah kenapa? Kalau kena kat bini aku memang aku tampo dah dia ni 😡 pic.twitter.com/d8vmIkOXu6— Izwan (@thisisizwanafiq) November 5, 2018
Selepas slot penaja dibuka, Dato Alif terus berkata, “Nanti kalau ada anak (Santesh dan Amelina), jangan ikut kulit Santesh tapi ikut kulit Amelina. Kalau ikut kulit Santesh, mesti pakai produk saya untuk putih.”
Dato Alif berkata, disebabkan Astro mengkritik dirinya kerana tidak boleh bercakap dengan baik dalam Bahasa Inggeris, hari ini dia ingin mencuba untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan berkata, “Today I want choose the ugly women in this studio...”
Dato Alif telah menghampiri seorang wanita yang sedang duduk di kerusi penonton dengan berkata, “Kak, muka awak macam bomoh. Selepas awak pakai produk ni, dari hantaran awak 2k terus naik 20K.”
Muka wanita kelihatan berubah, Dato Alif terus berkata, “Takpe2, nanti saya bagi duit kat awak!” sambil terus menyapu foundation ke muka wanita itu.
Tindakan Dato’ Alif itu telah dianggap memalukan orang lain oleh netizen. Penyanyi Imran Ajmain dan Fazley Yaakob telah memuat naik status di Twitter, menyelar percakapan ushawan itu yang dianggap sebagai rasis, memalukan dan tidak patut dipertuturkan kata-kata itu di khalayak ramai.
Anda boleh tonton sendiri kejadian tersebut di video di bawah:
SUMBER: Astro Gempak Gegar Vaganza / Twitter / YouTube
Ulasan
Catat Ulasan
Apa pendapat anda?