Baru-baru ini Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 (ABK18) dilangsungkan dengan Rufino Segovia dan Shafiq Shaharudin masing-masing menang kasut emas untuk kategori pemain import dan tempatan. Namun selepas selesai majlis tersebut, perkara yang menarik perhatian para netizen adalah trofi untuk pemenang Kasut Emas tersebut. Anda boleh lihat sendiri dalam gambar di bawah:
Comel bukan? Sekali tengok macam kepompong ulat rama-rama pun ada. Ramai netizen mengkritik pihak MFL mengenai trofi tersebut termasuklah TMJ sendiri yang merupakan pengerusi badan tersebut. Beliau meluahkan kekecewaan terhadap pengurusan ABK18 apabila menyediakan trofi tidak berkualiti kepada pemenang-pemenang anugerah berprestij bola sepak negara.
Tweet dari TMJ:
Kritikan oleh netizen di FB:
Sehubungan itu, pihak MFL tampil mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan mengakui trofi yang disediakan tidak menepati prestij anugerah tahunan itu.
SUMBER: semuanyabola.com
Ulasan
Catat Ulasan
Apa pendapat anda?