Tips: Cara Pantas Terjemah Banyak Teks Ke Bahasa Lain


Adakah anda pengguna Google Sheets dan selalu buat kerja-kerja terjemahan?

ProspekDigital.com berkongsi tips untuk terjemah banyak teks ke bahasa lain dengan pantas. Ia sangat membantu kepada pelajar atau sesiapa yang terlibat dengan kerja penterjemahan bahasa asing.

Ikut cara berikut:

Guna formula ini untuk tukar content anda kepada bahasa lain dengan pantas:

=GOOGLETRANSLATE(cell_id, original_language, target_language)

Sebagai contoh, untuk terjemah content dalam cell A1 dari English ke Bahasa Melayu, ini adalah formulanya:

=GOOGLETRANSLATE(A1, "en", "ms")

Apabila sudah siap satu, tarik sahaja ke bawah untuk apply formula tersebut pada cell-cell di bawah!

Senarai kod bahasa ada di sini:
https://cloud.google.com/translate/docs/languages

Ikut video di bawah untuk maklumat lanjut:


SUMBER: ProspekDigital.com

Ulasan