Wanita Maut Dilanggar Pemandu Gila di Tempat Letak Kereta di Cyberjaya

Seorang penolong pengurus acara jualan maut selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu 'gila' oleh seorang lelaki yang dipercayai warga asing di kawasan Shaftsbury Square, Cyberjaya, di sini, semalam (17/10/18).

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang tular di media sosial menunjukkan mangsa, Wan Amirah Wan Alias, 31 baharu selesai membeli sesuatu dan dipercayai hendak melintas jalan untuk ke keretanya pada jam 7.45 petang.



SUMBER: YouTube/Sinar Harian

Ulasan