 |
Foto: Tribunnews.com |
Pasukan Monster Yamaha Tech3 gagal mengutip sebarang mata dari perlumbaan di GP Australia di Litar Phillip Island. Walaupun bermula dengan baik dan berada di kedudukan ke-8, Hafizh Shahrin gagal menghabiskan perlumbaan selepas terjatuh semasa pusingan ke-19. Rakan sepasukannya Johann Zarco sebelum itu sudahpun terkeluar dari saingan selepas berlanggar dengan juara 5 kali, Marc Márquez. Hafizh kini berada di kedudukan ke-18 secara keseluruhan untuk musim ini di belakang Morbidelli yang berada di kedudukan ke-14 dengan beza 12 mata untuk perebutan gelaran 'rookie of the year'.
Apapun, Hafizh dan Zarco dalam keadaan yang baik untuk perlumbaan seterusnya di GP Malaysia di Litar Sepang.
Berikut keputusan penuh perlumbaan GP Australia:
SUMBER: FB / Monster Yamaha Tech3 / MotoGP Mania Malaysia
Ulasan
Catat Ulasan
Apa pendapat anda?