Laman Cari Kerja Untuk Mencari Kerja di Malaysia


SPA



Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah jabatan kerajaan yang menguruskan pelantikan untuk jawatan di dalam jabatan-jabatan kerajaan. Laman web yang disediakan agak mudah difahami dan grafiknya mudah dan kemas.

Alamat: www.spa.gov.my
Rating: 4/5


JobStreet


JobStreet merupakan laman web terawal untuk mencari pekerjaan di Malaysia. Banyak syarikat besar menggunakan laman ini sebagai tempat mengiklan kerja kosong mereka. Laman ini memaparkan kerja kosong di luar negara.

Alamat: jobstreet.com.my
Rating: 5/5

MauKerja


Maukerja menggunakan paparan yang lebih moden dan menarik pada laman mereka. Perkara ini boleh dilihat pada logo dan ikon mereka. Anda juga boleh menukar bahasa kepada BM pada laman ini.

Alamat: maukerja.my
Rating: 4/5



Kerjaya.co

Kerjaya.co lebih kepada blog yang memaparkan iklan dan maklumat lanjut mengenai kerja kosong. Ada juga jenis kerja kosong yang tidak didaftarkan di laman web lain turut dipaparkan di laman ini.

Alamat: kerjaya.co
Rating: 3/5




Mudah



Mudah merupakan laman iklan yang terbesar di Malaysia. Anda boleh cari hampir apa sahaja di sini termasuk kerja kosong. Laman ini agak kompleks dan bukan khusus untuk iklan kerja kosong sahaja.

Alamat: www.mudah.my
Rating: 3/5

LinkedIn


LinkedIn merupakan laman mencari kerja yang mungkin terbesar di dunia. Ia hampir sama seperti JobStreet namun ia tidak menumpukan peluang pekerjaan di Malaysia.

Alamat: linkedin.com
Rating: 5/5



RiceBowl


RiceBowl dibangunkan oleh pembangun yang sama dengan MauKerja cuma bezanya ia menumpukan pekerjaan yang memerlukan bahasa Mandarin sebagai keperluan.

Alamat: ricebowl.my
Rating: 4/5




Jobstore


Jobstore merupakan laman yang paling cantik dalam senarai ini. Namun, senarai kerja kosongnya agak kurang jika dibandingkan dengan laman yang lain.

Alamat: jobstore.com
Rating: 3/5




Jobcari


Jobcari merupakan laman cari kerja tempatan yang memaparkan iklan kerja kosong kerajaan dan swasta di Malaysia.

Alamat: jobcari.com
Rating: 3/5






KerjaKosong.co



KerjaKosong.co juga salah satu portal cari kerja tempatan yang ada. Antaramuka laman ini adalah kemas dan mudah difahami.

Alamat: kerjakosong.co
Rating: 4/5







SUMBER:

Ulasan