Ada yang korang tak pernah dengar tak?
Banyak stesen minyak yang beroperasi di Malaysia sekarang tapi yang paling selalu dengan Petronas, Shell dan Petron je kot sebab cawangannya yang banyak. Stesen minyak seperti Caltex dan BHP mungkin anda tahu tapi tahu tak ada lagi 3 jenama yang mungkin anda tak pernah jumpa. Stesen jenama ni selalunya cuma ada di kawasan luar bandar yang penduduknya sangat kurang.
Kebanyakan stesen minyak di Malaysia ni ada kedai minimart nya sendiri. Contoh seperti Petronas ada Kedai Mesra, Shell ada Select dan lain-lain. Selain itu, ada beberapa kemudahan yang boleh dianggap sebagai basic untuk semua stesen minyak seperti tandas, surau, pam angin tayar dan paip air basuh. Ada juga stesen minyak yang menyediakan mesin ATM dan perkhidmatan pembayaran bil utiliti malah mempunyai kafe atau restoran untuk kemudahan pengguna yang berhenti.
Setiap jenama stesen minyak juga mempunyai sistem kad mata yang membolehkan anda mengumpul mata setiap kali anda berbelanja di stesen minyak. Mata ini pula boleh ditukar kepada isian petrol ataupun barangan yang terdapat di dalam katalog.
SMART STREAM
Ramai mungkin tidak pernah dengar jenama stesen minyak ini namun sebenarnya Smart Stream mempunyai hampir 80 buah stesen minyak di seluruh Malaysia. Jenama ini banyak terdapat di kawasan luar bandar di Pahang dan Sarawak. Kebanyakan stesen minyak Smart Stream adalah stesen mini yang menyasarkan kawasan kurang penduduk. Ada juga beberapa stesen yang menyediakan perkhidmatan kedai minimart dan ATM. Di stesen terpilih, anda boleh gunakan kad mata Mesra (kerjasama Petronas).
 |
Stesen Petrol Smart Stream |
TEGUH PETRO
Satu lagi jenama yang kurang diketahui, Teguh Petro kebanyakan boleh dijumpai di kawasan luar bandar. Hampir kesemua stesen petrol ini bersaiz kecil dan mempunyai 2 atau 3 pam sahaja. Kini terdapat 70 buah stesen Teguh Petro di seluruh Malaysia dengan 36 daripadanya terletak di Sarawak dan Sabah.
 |
Stesen Petrol Teguh |
BHP
BHPetrol boleh dikatakan sebagai jenama baru di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2005, BHPetrol agresif dalam pembukaan stesen servis baru. Terkini terdapat 383 buah stesen servis BHP di seluruh Malaysia. BHPetromart menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti ATM dan kedai serbaneka di 260 stesen servis BHPetrol. Anda boleh mengumpul 1 ePoint BHPetrol eCard untuk setiap RM1 dibelanjakan di BHPetrol yang boleh digunakan untuk penebusan barangan eksklusif dan petrol.
 |
Stesen Petrol BHP |
BURAQOIL
Buraqoil merupakan jenama stesen servis yang menyasarkan kawasan luar bandar. Kini, terdapat lebih 30 buah stesen servis Buraqoil di serata Malaysia. Buraqmart pula menyediakan perkhidmatan kedai serbaneka di stesen servis Buraqoil yang terpilih.
 |
Stesen Petrol Buraqoil |
CALTEX
Caltex dimiliki oleh Chevron Corporation di Malaysia. Terdapat 420 buah stesen servis di lokasi strategik di seluruh negara. Hampir semua stesen servis Caltex menyediakan kedai serbaneka, tandas dan ATM Maybank. Anda boleh mengumpul mata B Infinite dengan kad Caltex Journey untuk setiap perbelanjaan di stesen Caltex.
 |
Stesen Petrol Caltex |
PETRON
Petron memasuki pasaran stesen servis petrol di Malaysia pada 2012 setelah mengambil alih perniagaan ExxonMobil dan Esso di Malaysia. Terdapat lebih 600 buah stesen servis Petron di seluruh negara ketika ini menjadikannya penyedia stesen servis ketiga terbesar di Malaysia. Treats merupakan kedai serbaneka yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman di stesen servis Petron. Anda boleh mengumpul mata dengan Petron Miles yang menjanjikan 2 mata untuk setiap liter isian petrol.
 |
Stesen Petrol Petron |
PETRONAS
Petronas merupakan stesen servis yang terbanyak di Malaysia dengan lebih 1000 buah stesen di seluruh negara. Lebih dari 750 buah stesen servis Petronas mempunyai Kedai Mesra yang menyediakan kedai serbaneka dan ATM. Terdapat juga stesen Petronas mempunyai Starbucks, KFC dan Subway. Anda boleh mengumpul 3 mata Mesra dengan setiap liter isian petrol.
 |
Stesen Petrol Petronas |
SHELL
Shell merupakan penyedia stesen servis petrol terawal di Malaysia dengan sejarah 125 tahun di Malaysia. Ia mempunyai lebih 950 stesen servis di seluruh negara, menjadikannya kedua terbanyak di Malaysia. Shell Select menyediakan perkhidmatan kedai serbaneka dan ATM di stesen servis Shell. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan GoCar (platform perkongsian kereta), Costa (kopi) dan deli2go di beberapa stesen servis Shell. Anda boleh mengumpul mata 1 mata Bonuslink dengan setiap liter isian petrol di stesen servis Shell.
 |
Stesen Petrol Shell |
Dalam masa 20 tahun ni, ada juga beberapa jenama stesen minyak sudah gulung tikar ataupun dijenamakan semula. Mungkin anda tertanya-tanya kenapa ia takde dalam list ni. Itu lain kali kita cerita ya.
SUMBER: Wikipedia / Google
Ulasan
Catat Ulasan
Apa pendapat anda?